Wednesday, January 2, 2008

masa balik kampung raya haji....

Hepy New Year kengkawan semua... semoga tahun ni lebih baik dr tahun lepas.. hari ni baru masuk keje lepas cuti lama.. sajek abiskan cuti tahun lepas.. hari nie bos pn cuti so takde la byk keje sgt.. bole la rehat2, tgk blog.. satu hari ni cuba donlod lagu aliff aziz tajuk sayang-sayang.. sapa2 ada leh email ek kt aku.. TQVM..

kt bawah ni gmbr2 yg diambil ms ptg raya haji tuh, pakcik aku bagi daging byk sgt so kitaorang buat la sate daging korban, Chef utk aritu biasa la Chef Ramsey @ Chef Azrul Hisham..

sesi membakar sate secara tradisional.. daging tu sham dh perap elok.. mmg sedap!! kuah sate mak aku buat.. aku tukang cucuk daging kat lidi jek..

itu budak sudah makan, org berasap2 bakar sate dia makan dulu.. tukang rasa...

ni la rupa sate ala Chef Ramsey.. mmg sedap walaupun tak mcm sate kajang...

tu ler aku yg keje dok makan jekkkkkk... penat cucuk daging td.. mkn sampai perut jd besar tuh! cian baby...


k, kt bawah ni lak gmbr masa kenduri doa selamat buat ari jumaat raya kedua tuh.. ni kira nk buat melenggang perut ler.. tp lebih kepada doa selamat jek.. ada la bidan dtg umah tgk perut aku, urut2 skit tgk kedudukan baby, aku mengikut jek, coz nti pas bersalin aku akan berpantang kt kampung, so dgr la jgk apa2 persediaan yg kene buat.. nk urut2 nti kan..

ni pekerja yg diupah utk hari tuh.. keje dia berhidang jekkk...

abah n sham dok sambut org datang...

umah opah dh makin penuh dgn kehadiran para jemputan.. ni semua dtg pas semayang jumaat.. seronok tgk ramai2 nie... tp gambar aku mmg takde, coz sibuk amik gmbr lupa nk amik gmbr sendiri..


last sekali ni gmbr ms g kenduri kt kampung.. kenduri kawan masa kecik2 dulu.. tp tak sempat la nk bergambar ngn pengantin coz pengantin tgh sibuk khatam quran ms nie, aku ngn anin pn berposing la kat pelamin yg indah tuh.. tgk tak perut lebar tuh?


cantik ke saya?

Lilypie Expecting a baby Ticker

DaisypathNext Anniversary Ticker

Wednesday, December 19, 2007

MELENGGANG PERUT

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut:

• Tujuh helai kain yang berlainan warna.

• Satu gantang beras.

• Sebiji buah kelapa.

• Beberapa urat benang.

• Satu batang damar.

• Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.

• Beberapa batang lilin.

• Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.

• Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.

Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut:

Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.

Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.

Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.

Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.

Lilypie Expecting a baby Ticker

DaisypathNext Anniversary Ticker

Monday, December 17, 2007

hari ni still selsema & batuk

hari ni isnin, mmmm.. baru balik dr tesco ni beli barang2 nk masak mlm nie.. aku dh pindah saujana putra, kene le masak sendiri skg nie.. tp mak aku akan pindah jgk kt situ dlm 5 Januari nti.. pas hantar anin g UiTM Melaka ahad mggu depan maybe mak akan stay fulltime kat saujana putra with me and sham.. first day g keje sorang2 lalu jalan kg kat puchong tuh, tol kat saujana putra tu tak siap lg... lupa laks aku nk call pejabat tol tuh.. jap nk call n tanya bila tol tu dibuka.. senang skit aku nk kuar msk kawasan umah tuh...

dh call Elite Highway.. tol tu bukak dlm Januari tp tarikh tak dpt diberitahu lg.. so buat ms ni terpaksa la lalu jln kg itew.. takpe, dekat dan menjimatkan.. tak payah tol lgsg.. cuma jalan ada lopak2 skit la.. jimat aku bulan nie.. selalunyer nk bayar tol RM7.40 sehari pergi dan balik.. tp rasanyer kalau tol kat umah tu siap takde la mahal sgt, coz dari bandar saujana putra kuar ikut batu 3 shah alam, dalam RM1.80 je kot.. pegi balik baru Rm3.60 kira OK la tuh.. dok kat KL ni mmg la jmpa tol jek, kalau tak jmpa tol mmg pelik! mcm aku hari nie pelik g keje takde tol! hahahah (ketawa utk menyedapkan diri sendiri!)

sebenarnya aku update blog ni ada nk cerita sesuatuh! tapi dh lupa.. ni gara2 call Elite Highway td la, terus lupa.. dh aku melalut tak tentu psl nie.. takpe arrr..

aku dh ingt dh!!! hahahahha... aku just nk bgtau aku terus ditimpa selsema & batuk.. berlarutan dr khamis lepas till today.. jumaat lepas aku MC, tak larat sgt.. tahun ni byk kali aku kene selsema, hari ni aku dh start batuk kokol (batuk berkahak!) aku benci tau! tak suka! tak suka!

esk mcm nk g tgk cite Anak Halal - pidad kata citer ni best.. aritu nk tgk full laks.. esok la tgk kat summit ke.. coz skg ni kalau aku nk jln2 dekat lg g subang dari g puchong.. actually both la tp baik g subang, tak yah tol.. msk puchong bayar tol RM1.60.. hahahhaha.. mesti korang tertanya2 kat mana sebenarnya area umah aku nie kan!! rasain!!

bye bye..


Lilypie Expecting a baby Ticker

DaisypathNext Anniversary Ticker

Thursday, December 13, 2007

ubat-ubatan...

ubat-ubat utk ditelan hari ni dan hari-hari seterusnya.... hari ni aku dh start bersin, nk cecema.. arrgghhhhh aku tak suka la.. aku call sham td pn dia pn sama batuk & cecema.. b4 aku g keje td pn dia dh batuk2.. cian dok umah sorang2.. takpe, ibu balik bawak ubat2 utk ayah k? jmpa bos td mintak ubat utk kami! ahakss...

utk Azrul Hisham

- Ubat batuk (Tussidex Forte Syrup 120ml)
- Ubat cecema (Clarityne 10mg)

utk Emy Fazura

- Ubat cecema (Piriton 4mg Tab) {utk aku yg pregnant}
- Vitamin C 500mg
- Calcium lactate 300mg {ni mmg aku amik pn utk aku & baby, coz tak minum susu sgt}

harap tak berterusan cecema nie, coz sabtu nk g makan seafood kat bagan lalang.. ngn geng2 sham.. aku ikut ajekkk...


Lilypie Expecting a baby Ticker

DaisypathNext Anniversary Ticker

Friday, December 7, 2007

jamuan perpisahan MA Hj Hajijan

yang diraikan MA Hj Hajijan.. berbaju kuning itew... selamat berpindah ke UiTM Terengganu..

ni b4 jamuan start, sempat la bergambar menyibok2.. mie kata nk tgk wajah terbaru aku kan.. ni la dia.. paling latest.. hehehehe.. makin comel & cantik.. owhhh...

ni la Inspektor Kesihatan yang suka nk check dewan2 n gerai makan kat dlm UiTM nie...

ni saya larrrr!!!

very the over.. pantang camera hala kat kitaorang.. menu semlm, laksa johor.. bole tahan ler, kuat cair skit...

IK Erazni & PA Emy (gembira dpt makan)

IK Anam menyibokkkk!

Lilypie Expecting a baby Ticker
DaisypathNext Anniversary Ticker