Monday, January 21, 2008

my weekend

hari-hari yg berlalu tanpa yg tersayang.. nasib dh biasa & nasib baik la baby ada dlm perut.. melayan dia je la dlm perut nie, bergelut2 dlm perut ibu, pantang ibu baring dia akan buat ombak dlm perut! seronok tgk tp takut jgk mcm nk terkeluar pn ada! yang peliknyer, kalu aku mengiring belah kanan baby akan diam jek, kalau mengiring belah kiri mmg dia ligat.. suka dok belah kiri kot anak ibu nie... tp ada aritu nurse bgtau kalau nk tdo elok belah kiri, kalau menegak tu nti kurang oksigen.. lebih kurang mcm tuh la..

last saturday aku jmpa Farah, Linda & Aida.. Tempat berkumpul kt umah Farah ler, dia masak lunch tp aku mkn ngn dia dulu coz tggu perempuan paling lambat kt KL nie, sapa lg Linda la.. konon janji pas zohor tp pas asar dia sampai.. lama giler nk tggu dia, Aida yg balik dari class tu leh smpi dulu.. Linda ni ada masalah bangun tido yg tak dpt dibendung lg kelewatannyer sejak dulu lg! padan muka ko, kene kutuk dlm blog aku, suka hati aku ler kan.. hahahahahahha.. tp meeting berempat tu kejap je la coz Linda lambat kan, aku nk balik lg.. tak berani la balik memalam sgt, lgpun dh janji ngn sham nk balik awal.. awal tak awal la... dlm kul 6 lebih tu aku kuar dr umah Farah.. smpi umah aku dlm maghrib, kira OK la tak gelap lg pn.. lgpun takot nk jalan sorang2 kat jalan kg puchong tuh..

the best part psl meeting kitaorang nie, Linda mengumumkan sesuatuh! Dia nk kawin katanyer!! suka aku dgr.. akhirnya.. mesti meriah la org senawang pasni nk kenduri.. Linda, cecepat skit, kalau bulan 6 pn OK, but inform awal, aku nk tempat baju sedondon satu family termasuk baby aku nti!

semalam lak AHAD... takde buat apa pn kat umah, tp ptg tu kuar ngn mak & abah g mydin usj.. jalan2 tgk barang & beli barang skit.. mak cari minyak2 urut aku ms berpantang nti.. yg pastinyer mmg aku tak tau pn kewujudan semua minyak2 tuh.. nasib ada mak... beli minyak urut afiat (betul kot spelling), minyak yuyi cap limau utk baby, feminine wash, dettol, bedak lulur satu badan tuh.. apa ntah lg.. semua tu dh ada, dh simpan dlm satu beg nk bawak balik kg jek nti.. aku berpantang kt kg nti.. tp tak dpt bayangkan mcm mn la keadaan masa tu, kene lalui dulu, tanya org pn, lain org lain pengalamannyer.. tak semestinyer sama.. ada yg senang ada yg susah... semoga aku nti senang nk harungi semua tu ngn baby...


Lilypie Expecting a baby Ticker


DaisypathNext Anniversary Ticker

Thursday, January 17, 2008

petang ni bosan skit coz takde keje.. aku dok belek2 PC baru nie, guna Window Vista mmg berbeza ngn Window XP.. skit masa lagi terror la...

hari ni sakit belakang ler.. tak tau nape.. tp sakit dari pagi td.. tak berani nk urut2 coz masa bali kg arituh mak bidan pesan jgn urut.. nk sakit pn picit skit2..

Lilypie Expecting a baby TickerDaisypathNext Anniversary Ticker


Friday, January 4, 2008

@>--------

jumaat yg membosankan...


hari ni nk concentrate kira movement baby... at least kene ada 10 movement setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 9 malam... kadang2 aku terlupa nk kira.. mulai hari ni aku berazam.. nurse kt klinik ckp kira baby gerak mcm beralih2 tempat2 tu.. iskhh tu takde la selalu.. tak perasan lak aku smpi 10X ke satu hari..


semlm aku dh tanya sister kt klinik aku nie, dia kata kira sekali pergerakan baby yg kuat, mcm tendang2 tuh.. sampai gegar perut tu kan, tu pn kira seX.. k ler tuh.. ada ler jgk..


tp pagi ni perut rs tegang, baby pn tak byk gerak lg,.. takkan tido lg kot.. aku kira dh 3X baby gegarkan perut ibu dia pagi nie...

Lilypie Expecting a baby Ticker

DaisypathNext Anniversary Ticker

Wednesday, January 2, 2008

masa balik kampung raya haji....

Hepy New Year kengkawan semua... semoga tahun ni lebih baik dr tahun lepas.. hari ni baru masuk keje lepas cuti lama.. sajek abiskan cuti tahun lepas.. hari nie bos pn cuti so takde la byk keje sgt.. bole la rehat2, tgk blog.. satu hari ni cuba donlod lagu aliff aziz tajuk sayang-sayang.. sapa2 ada leh email ek kt aku.. TQVM..

kt bawah ni gmbr2 yg diambil ms ptg raya haji tuh, pakcik aku bagi daging byk sgt so kitaorang buat la sate daging korban, Chef utk aritu biasa la Chef Ramsey @ Chef Azrul Hisham..

sesi membakar sate secara tradisional.. daging tu sham dh perap elok.. mmg sedap!! kuah sate mak aku buat.. aku tukang cucuk daging kat lidi jek..

itu budak sudah makan, org berasap2 bakar sate dia makan dulu.. tukang rasa...

ni la rupa sate ala Chef Ramsey.. mmg sedap walaupun tak mcm sate kajang...

tu ler aku yg keje dok makan jekkkkkk... penat cucuk daging td.. mkn sampai perut jd besar tuh! cian baby...


k, kt bawah ni lak gmbr masa kenduri doa selamat buat ari jumaat raya kedua tuh.. ni kira nk buat melenggang perut ler.. tp lebih kepada doa selamat jek.. ada la bidan dtg umah tgk perut aku, urut2 skit tgk kedudukan baby, aku mengikut jek, coz nti pas bersalin aku akan berpantang kt kampung, so dgr la jgk apa2 persediaan yg kene buat.. nk urut2 nti kan..

ni pekerja yg diupah utk hari tuh.. keje dia berhidang jekkk...

abah n sham dok sambut org datang...

umah opah dh makin penuh dgn kehadiran para jemputan.. ni semua dtg pas semayang jumaat.. seronok tgk ramai2 nie... tp gambar aku mmg takde, coz sibuk amik gmbr lupa nk amik gmbr sendiri..


last sekali ni gmbr ms g kenduri kt kampung.. kenduri kawan masa kecik2 dulu.. tp tak sempat la nk bergambar ngn pengantin coz pengantin tgh sibuk khatam quran ms nie, aku ngn anin pn berposing la kat pelamin yg indah tuh.. tgk tak perut lebar tuh?


cantik ke saya?

Lilypie Expecting a baby Ticker

DaisypathNext Anniversary Ticker

Wednesday, December 19, 2007

MELENGGANG PERUT

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut:

• Tujuh helai kain yang berlainan warna.

• Satu gantang beras.

• Sebiji buah kelapa.

• Beberapa urat benang.

• Satu batang damar.

• Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.

• Beberapa batang lilin.

• Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.

• Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.

Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut:

Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.

Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.

Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.

Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.

Lilypie Expecting a baby Ticker

DaisypathNext Anniversary Ticker