Tuesday, June 22, 2010

Penjara Pudu diroboh - kenangan semasa kecil

petikan dari Berita Harian Online 22/6/10

KUALA LUMPUR: Penjara Pudu yang menyimpan pelbagai kisah sejarah banduan sejak lebih 100 tahun lalu mula diruntuhkan malam tadi apabila kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan kerja-kerja merobohkan tembok kandang besinya.

Kerja merobohkan tembok sepanjang kira-kira 300 meter itu akan dijalankan setiap malam mulai malam tadi hingga esok. Kerja merobohkan itu dijalankan bagi membina laluan bawah tanah Jalan Pudu yang dijangka siap pada 2012.

Sepanjang kerja dijalankan orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif disebabkan hanya separuh jalan akan dibuka manakala separuh laluan lagi digunakan untuk kerja meruntuh tembok.

Pemecahan tembok itu yang pernah dicatatkan sebagai lukisan mural terpanjang di dunia dilakukan untuk pelaksanaan projek laluan bawah tanah bagi menyambung Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi sebagai langkah penyuraian trafik.

Ratusan orang datang untuk menyaksikan kerja meruntuhkan Penjara Pudu yang dianggap salah satu monumen bersejarah negara, mengambil serpihan tembok batu itu untuk dijadikan cenderamata.
__________________________________________________

errrmmm malam td ada plan nk ajak hb tgk kerja2 meruntuhkan Penjara Pudu nie.. tp dh malam mengantuk n terus lupa niat tu, tp dh ada anak2 ni payah skit nk kuar malam..

Penjara Pudu, kenangan terindah zaman kanak-kanak..

kalau lalu jek kt depan penjara pudu ni, mesti tercari2 tapak rumah aku dulu, kalau naik LRT n lalu di stesen Hang Tuah, cari lah pokok2 pisang. yang merimbun. situ la tapak rumah kami.. tempat aku membesar, ddk di kuarters penjara ni selama hampir 11 tahun!! lamanya..

tempat bermain basikal, naik motor sana sini.. main bola beracun, teng-teng... semuanya disini!! kenal dgn ayah adleena & arieana pn di sini... mmg kenangan terindah.. aku balik sekolah pn berjalan kaki di tepi2 lukisan mural tuh..

tp sayangnya tiada gambar kenangan ketika di penjara pudu, dulu kan mana ada camera digital nie.. ada la gambar tp nk kene g rumah mak cari2 n belek2...

tiba2 rasa sedih...

2 comments:

yatispeed said...

waahhh..ko ni stok duduk penjara dari kecik..hehe..
tapi emy, mmg..kenangan masa kecik bawak ke besar ni mmg sayu..nak2 rumah lama yang kita pernah duduk. i felt the same too..sapa yang tak pernah merasa pindah rumah mmg sadis la..takde benda nak kenang dan nak citer kat anak bila dah besar ni..

aiDieNa said...

Sayu jer kan bangunan yang dah lebih 100 tahun tu nak diroboh.. kerja2 nie melibatan Jabatan Kitorang secara tak langsung.. itu pon kira monumen warisan juga..