Tuesday, November 18, 2008

Petikan daripada Utusan Online 18 Nov 2008

Empat pelajar UiTM dirompak

SHAH ALAM 17 Nov. - Empat penuntut lelaki Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerugian lebih RM2,000 apabila bilik mereka di sebuah kolej kediaman dalam kawasan universiti itu dimasuki tiga perompak pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.40 pagi semasa mangsa sedang tidur nyenyak.

Jelasnya, tiga perompak yang tidak memakai topeng itu memasuki bilik mangsa dan bersembunyi di sebalik almari sebelum disedari oleh salah seorang pelajar yang tersedar apabila telefon bimbitnya berdering.

"Salah seorang telah ternampak perompak yang bersembunyi di sebalik almari dan ketika itu, perompak terbabit bertindak mengacukan pisau dan menolak mangsa sehingga jatuh.

"Ketika itu, tiga lagi rakan mangsa terjaga dan terus diikat perompak terbabit serta melarikan barang berharga seperti beberapa komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai milik mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata berkumpulan yang boleh dikenakan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan jika sabit kesalahan.


p/s : mangsa yg cedera di muka & menerima jahitan oleh pegawai perubatan di sini.. wahhh kami2 ni kecoh gak semlm tgk aksi polis2 dlm uitm nie.. pintu masuk uitm di tutup semlm gara2 mengejar suspek semlm! aku nk kuar g dobi pn tak dpt coz jam sgt2...

1 comment:

yatispeed said...

perompak tu teruk betul jahatnya. penjarakan jer seumur hidup. menyusahkan hidup orang sungguh!