Monday, April 6, 2009

MISI BANTUAN KE MELAKA

kali ni mmg misi bantuan betul2.. nk jadikan cerita, anin @ adik aku la kan, dia skg kepatahan tangan! sbb nye?? dia jatuh tangga kt hostel.. ni dia contoh tangan yg patah dan telah disimen! gemokkan? ni sbb bengkak...

tangan gemok ni sapa pnya!

ko bole senyum lg kan??

SABTU, 4 APRIL 2009

sajek nk tunjuk tangan dia, dia jatuh hari sabtu.. dgn berdikarinya dia g hospital sendiri, buat semua sendiri, dh kene tahan wad baru la nangis2 tepon aku yg sedang window shopping kt alamanda.. tgh senang hati, dok plan mcm2 tiba2 dpt call.. tak ke haru? harus la bergegas ke melaka dan dan tu gak.. gambar kt wad takde, tak sempat nk amik.. kami sampai pn dlm tghari, ribut gak la.. risau semua ada.. mak pulak nk stay melaka temankan anin, last2 kami pn decide nk stay kt melaka jgk, ptg tu check in kt hotel orked.. dh check in, rehat jap, order room service, maghrib then kuar balik g hosp besar melaka, antrkan makanan & selimut utk mak aku.. takleh lama2 lepak kt wad, nti kene halau!

agenda malam tu chewahhh! ni yg teruja nie! holiday yg tak dirancang sama sekali!! ayah ada member sekolah dia kt melaka,.. cikgu gak, pas calling2 kami dijemput dinner sekali kt umbai! aku dgr umbai terus teruja giler!! lupa kejap org kt spital tuh!

jemput la makan kawan2 semua... guna sudu pn bole, nk jilat tangan pn bole!!

ikan pari yg meletop! byk benda lain order gak tp tak amik gambar coz tangan dh comot ngn makanan! arieana pn sgt baik mlm tu depan org, tak buat hal wpn dh ngntok!

budak ni sgt mengantok! tp dia sgt baik! makan nasi sendiri, kutip sebutir2 nasi tuh.. ibu suka sgt! tgk rambut dia dh panjang kan??

ni dia ahli rombongan ke umbai malam tuh.. uncle ngn auntie tu siap nk bawak arieana balik lg, haiyooohh tak tdo la ayahnya mlm nti! dia pn ok jek.. yg kiri sekali tuh, penolong kanan sekolah ayah.. dia balik melaka coz wife dia keje kt melaka..

pemandangan waktu malam.. tempat ni better skit dr umbai yg lama tuh... nk parking pn senang

pas makan kami jalan2 kt area situ, tgk laut dlm gelap.. tak nmpk apa pun.. amik angin jek.. arieana tu aku pakaikan bj 2 lapis, lupa nk salin, dlm bilik hotel kan sejuk, takot dia sejuk sgt.. nasib baik la cukup stok bj nk bermlm kt melaka, coz kami mmg plan nk tdo kajang mlm tu, last2 ke melaka jadinyer..


AHAD, 5 APRIL 2009

pagi pas bfast kt cafe, kami terus ke hospital.. tgk maksu.. mmg tak bole masuk tp aku kelentong mak guard tu kata kami baru sampai dr KL.. heheeh.. dpt masuk tp kene halau gak selepas beberapa minit.. aku angin gak tp aku buat dek je la.. dh la aku hangin ngn mak guard tuh! dia leh perli2 lg mak aku, coz pagi2 ada org meniaga nasi lemak kt dlm wad, mak aku belikan la utk adik aku ngn geng2 sewad dia kt situ tp takde la teringt nk belikan mak guard tuh.. alih2 dia leh perli2 kata mak aku ni mcm tak nampak dia kt situ, tak beli pn dia nasi lemak gak! hek eleh! aku dgr pn membara! ko psl nasi lemak pn nk jgk! beli la sendiri! pastu buat tak puas hati! perlu ke rasuah ko ngn sebungkus ns lemak??? G UMBAI LAAAAA!!!

M.I.S.I pun bermula....

nama saya Arieana.. ini kali kedua saya di melaka! seronok dpt jalan2.. melaka sgt panas, sbb tu saya pakai topi saya..

saya nk naik river cruise.. sebelum tu saya tolong kutip2 daun2 kt taman.. nti taman ni jadi bersih!! ibu tak bole halang saya, sbb saya mmg suka buat keje kebajikan mcm nie.. anak burung pn sy nk picit, tp tak dpt..

kan dh ckp.. bersih tak? saya dh kutip semua daun2 yg gugur tu..

dh penat2 bersihkan kawasan sekitar, saya kongsi biskut ngn ayah.. bsh tangan ngn air botol tau bukan air sungai! tgk kt belakang tuh, bersih je kan? tu keje saya la..

ni la M.I.S.I kami.. naik river cruise.. mmg best naik river cruise nie, tiket hanya RM10 utk dewasa.. kanak2 tak tau, arieana dpt naik free.. bot belum jalan lg.. kami naik jam 12.30 tengahari, waktu mmg panas, tp bot ada bumbung.. tak rasa panas..

biskut tak abis2 lg.. skit2 gigit.. ibu yg menunggu la bengkek tgk.. lambat sgt, bila tanya nk abiskan ke tak, dia angguk2..

ni dia ketua M.I.S.I pada hari tu, penuh ngn gelak ketawa, cerita2 lucu, cerita sejarah negeri melaka.. siap ada pantun2 lg.. mmg seronok..

perkampungan melaka, rumah2 melaka di tepi sungai.. kerajaan melaka dh peruntukan jutaan ringgit utk baik pulih rumah2 di tepi sungai nie.. mmg cantik2 dan comel.. kalau malam, ada lampu2 yg cantik, semua tu kerajaan negeri melaka yang bayar.. untung betul bil api ada org bayarkan!

river cruise mengambil masa 45 minit pergi dan balik.. nasib baik la ibu siap2 bawak susu, kalau tak abis la aku dia meragam dlm bot tuh!

ada jgk kawasan rumah setinggan, kerajaan melaka tak bole nk bangunkan sbb tanah tu satu ketika dulu pernah di gadaikan kepada ceti, so geran tanah skg ada kt ceti la.. kalau tak dh kaya raya anak2 tuan tanah ni.. ni semua cerita2 dari ketua M.I.S.I tadi la..

ini dia pokok melaka! ingt tak citer sejarah pokok melaka dan parameswara murid2?? ada 6 batang pokok melaka di tepian sungai ini.. tu jek yg tinggal.. ketua M.I.S.I siap buat lakonan semula parameswara yg berehat di bawah pokok melaka nie..

kedai2 yg byk dibuka dan mengadap sungai.. so bila kita naik bot nampak la kedai2 nie, tp aku rs bila nk cari naik keta haram tak jmpa!!

tak tau apa org tu buat, art work kot..

muzium belia


ada satu restoran tu menarik perhatian.. nasibbaik takleh order drive thru kt situ!

kononnyer dulu kawasan ni nk dibangunkan, bila gali2 tgk2 ada kubu nie.. kesan peninggalan sejarah la nie..

kincir air? rugi tak tgk berpusing, kalau tak abis la kene air percikan!


budak ni dh mula tak dok diam, harus la kasik dia tak bosan.. tunjuk ada air kt bawah... suka jek..
bye bye.. org kurang siuman pn ada.. dok bawah jambatan! haiyooh kecian kan?? apa la nasib dia..

sana sini ada burung.. semua tempat ada burung!

ni semua umah orang.. kebanyakkannya org cina la.. tp dh buat laluan kt belakang umah tuh jadi la cantik dan unik!

prrriiiiiiittttttttttttttt!! nk tiup wisel!
tanda dh sampai ke jeti yg mula2 tadi... berakhir la M.I.S.I kami di melaka...

tepuk tangan semua!!

nampaknya maksu skg nie ada la kt umah.. hari ni dia jmpa ketua program dia, tanya mcm mn nk amik exam, lg 2 mggu nk final nie.. rugi jek kalau kene cuti satu semester.. buat masa ni dia dpt MC satu bulan..

7 comments:

RizQin said...

ketua misi tu cerita dlm BM ke BI?kalau BM..paham ke mat & minah saleh nnt?

anam said...

aku dh tau jalan cerita yg sebenar..jalan yg benar dan seluruh pengembaraan arieana tu aku tau sbb aku dah pegi minggu lps..kt tmpt yg ko pegi except hospital melaka hahaha
sian adik ko

Emy said...

rizqin > ketua misi tu ckp melayu la, ada ke pantun dlm english? tp diaroang ada ketua misi lain yg terror ckp english kalau ada mat saleh.. tp kan mmber sham ckp kitaorang kira untung, coz kalau naik bot yg RM20 baru ada ketua misi.. yg rm10 takde ketua, bot tu jalan ikut arah sendiri jek..

anam > ko tau la kan mcm mn pengembaraan arieana hari tuh?? best kan?? aku rs kalau takde pegang anak, aku dh lama tertidor atas bot tuh!

Nina Nazar said...

nak dia pakai topi ek.. makin comel si comel nih..

Emy said...

nasha > kejap jek dia nk pakai topi tu, kalau dh pakai tu ko kene lak puji2 skit, canteq ke, comel ke, apa2 je la, baru la lama skit dia pakai.. sambil2 tu dia senyum2 je la konon dh mcm canteq sgt!

chomelista homestay said...

Chup, cemana adik ko bleh jatuh tangga nih?
Gigih btol gi hospital snd huhu.

comey_lote said...

ni misi bantuan ke misi lawatan ke melaka nih? knopius plak aku...