baru kejap nie adik aku anin msg suruh tgk berita harian coz ada muka dia.. errrmm berlagak sggh! siap suruh eksen pada arieana lg, makcu lg glamer dr arie.. helehhhh anak ibu tak perlu masuk paper mmg dh glamer pung!!!
yang ada tanda anak panah tu la ezanin aka makcu arieana & harish....
yang ada tanda anak panah tu la ezanin aka makcu arieana & harish....
DR MIZAN meninjau sesi kuliah di UiTM di Lendu, Alor Gajah, selepas bercuti sembilan hari sejak 16 Julai akibat penularan wabak selesema babi.
KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Melaka di Lendu, Alor Gajah, dibuka semula pagi semalam, selepas sembilan hari ditutup sejak 16 Julai lalu sebagai langkah pencegahan penularan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1).
Pengarahnya, Prof Madya Datuk Dr Mizan Hitam, berkata kira-kira 5,800 pelajar kembali menyambung kuliah sebaik dimulakan jam 8 pagi dengan sebahagian besar daripada mereka sudah berada di kampus sejak kelmarin.
"Sesi kuliah ceria dengan kebanyakan pelajar lebih yakin dan selesa kerana semua kawasan kampus sudah dibersihkan. Selain pembelajaran, kegiatan kokurikulum akan bermula minggu ini," katanya kepada Berita Harian, semalam.
Tinjauan Berita Harian ke kampus itu semalam mendapati kebanyakan warga kampus, termasuk kira-kira 400 kakitangan, kembali bertugas seperti biasa.
Di BUKIT MERTAJAM: Suasana Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Permatang Pauh lengang kerana pelajar pulang ke kampung masing-masing sejak minggu lalu selepas UiTM ditutup seminggu sejak Rabu lalu berikutan beberapa pelajarnya disahkan dijangkiti H1N1.
Sehubungan itu, pihak pentadbiran universiti mempercepatkan cuti pertengahan semester selama seminggu sehingga 2 Ogos ini sebagai langkah keselamatan mengawal penularan virus itu dengan hanya kakitangan bertugas seperti biasa.
Di SHAH ALAM: Pelajar UiTM di kampus induk di sini, yang tidak pulang bercuti, tidak bimbang dengan penularan wabak H1N1 berikutan pihak pentadbiran universiti itu mengambil langkah pencegahan awal.
Pelajar Fakulti Sains Gunaan, Afiqah Muhd Basri, 20, berkata pihak universiti telah menyediakan maklumat mencukupi dan tindakan yang perlu diambil pelajar jika ada tanda-tanda dijangkiti virus itu.
Beliau berkata, pihak universiti juga menyediakan kaunter dan risalah untuk rujukan pelajar termasuk nasihat supaya menjaga kebersihan diri dan persekitaran.
Pelajar Fakulti Pengajian Perniagaan, Khairunnisa Nabilah Mohd Johari, 20, berkata beliau sentiasa mendapatkan maklumat terkini untuk mengetahui situasi penularan wabak itu terutama di kampus induk ini.
petikan dari Berita Harian Online 28 Julai 2009
No comments:
Post a Comment