Friday, July 31, 2009

face mask

begini la aku hari ini... memakai face mask kalau nk turun g klinik.. panas dan rimas, rs nk bernafas pn susah.. mcm mn la kalau ada org yg perlu pakai sepanjang hari kan??

memandangkan kes2 ILI dan H1N1 ni semakin merebak kita perlukan protection...

sesungguhnya ketika ini aku tgh senyum tp lupa lak dh pakai mask!!.. hehehhe..

zaman kecik....

cuba teka aku yg mana satu?? ni gambar kami 3 beradik ngn mak.. ms ni tak ingt la g mana.. g kelantan kot.. arieana ada rupa makcu dia tak? tgk la makcu dia ms kecik, gedis nk bergambar atas keta.. kalau dia dok bawah mesti tak nampak muka.. heheheh...

gambar ni dh lama ada dlm PC tp tak upload jek.. pagi ni baru teringat nk buat tayangan... sgt kurus aku ketika ini...

Thursday, July 30, 2009

jenis kuih raya yang ada...

seperti yg u ols tau dr entry sebelum nie, ini dia kuih raya yang bole ditempah dgn i okey... kalau nk merasa kuih2 tu bole la berjumpa..

sarang burung yang gerenti meletops abis.. sgt rangup dgn almond yg sangat banyak.. RM22 50 biji.. terhangat di pasaran... rugi tak order...

biskut buah or kapal.. RM20 50 biji...

biskut oats pn sedap jgk RM20 60 biji

biskut nestum chocnut Rm20 50 biji... ni pn OK..
biskut nescafe RM20 50 biji...

selain daripada itu ada jgk biskut kelapa RM20 57 biji, Almond London RM20 50 biji dan Tart Nenas RM20 50 biji...

sekian, harap maklum....

Tuesday, July 28, 2009

kuih raya datang lagi...

tahun ni sekali lagi aku menjadi ejen kuih raya nora.. perlu ke nk jadi ejen tiap2 tahun?? semlm nora dtg rumah & antr sample kuih raya.. last year pn ramai kawan2 mak aku yg order.. kt office tak byk sgt... sbbnya masing2 dh ada fav pembuat kuih raya sepanjang zaman...

tp nk buat sample tu harus la packing dulu, nti kalau letak satu bekas dh kira mcm beraya la pulaks kan??

nti aku tepek gambar kuih2 raya tu kt sini.. bole la buat order kan?


UiTM Kampus Melaka dibuka semula

baru kejap nie adik aku anin msg suruh tgk berita harian coz ada muka dia.. errrmm berlagak sggh! siap suruh eksen pada arieana lg, makcu lg glamer dr arie.. helehhhh anak ibu tak perlu masuk paper mmg dh glamer pung!!!

yang ada tanda anak panah tu la ezanin aka makcu arieana & harish....

DR MIZAN meninjau sesi kuliah di UiTM di Lendu, Alor Gajah, selepas bercuti sembilan hari sejak 16 Julai akibat penularan wabak selesema babi.

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Melaka di Lendu, Alor Gajah, dibuka semula pagi semalam, selepas sembilan hari ditutup sejak 16 Julai lalu sebagai langkah pencegahan penularan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Pengarahnya, Prof Madya Datuk Dr Mizan Hitam, berkata kira-kira 5,800 pelajar kembali menyambung kuliah sebaik dimulakan jam 8 pagi dengan sebahagian besar daripada mereka sudah berada di kampus sejak kelmarin.

"Sesi kuliah ceria dengan kebanyakan pelajar lebih yakin dan selesa kerana semua kawasan kampus sudah dibersihkan. Selain pembelajaran, kegiatan kokurikulum akan bermula minggu ini," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Tinjauan Berita Harian ke kampus itu semalam mendapati kebanyakan warga kampus, termasuk kira-kira 400 kakitangan, kembali bertugas seperti biasa.

Di BUKIT MERTAJAM: Suasana Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Permatang Pauh lengang kerana pelajar pulang ke kampung masing-masing sejak minggu lalu selepas UiTM ditutup seminggu sejak Rabu lalu berikutan beberapa pelajarnya disahkan dijangkiti H1N1.

Sehubungan itu, pihak pentadbiran universiti mempercepatkan cuti pertengahan semester selama seminggu sehingga 2 Ogos ini sebagai langkah keselamatan mengawal penularan virus itu dengan hanya kakitangan bertugas seperti biasa.

Di SHAH ALAM: Pelajar UiTM di kampus induk di sini, yang tidak pulang bercuti, tidak bimbang dengan penularan wabak H1N1 berikutan pihak pentadbiran universiti itu mengambil langkah pencegahan awal.

Pelajar Fakulti Sains Gunaan, Afiqah Muhd Basri, 20, berkata pihak universiti telah menyediakan maklumat mencukupi dan tindakan yang perlu diambil pelajar jika ada tanda-tanda dijangkiti virus itu.

Beliau berkata, pihak universiti juga menyediakan kaunter dan risalah untuk rujukan pelajar termasuk nasihat supaya menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

Pelajar Fakulti Pengajian Perniagaan, Khairunnisa Nabilah Mohd Johari, 20, berkata beliau sentiasa mendapatkan maklumat terkini untuk mengetahui situasi penularan wabak itu terutama di kampus induk ini.

petikan dari Berita Harian Online 28 Julai 2009

Monday, July 27, 2009

berita gembira...

sila lihat gambar di bawah.. tgk arieana tdo di mana? atas apa? rsnya2 nampak kan wpn gelap jek gambar tuh.. ini lah berita gembira utk ibu dan ayah... hehehhe.. akhirnya..

ceritanya begini, errrmm sejak2 duk sendiri2 nie kan, nk antr arieana ke school jauh la skit.. kalau dulu dari rumah mak dekat jek, jalan kaki pn tak penat.. bila dh jauh skit nie, keselamatan harus dijaga.. hehehhe.. skg ni arieana bukan nk ddk diam dlm keta, kadang2 tu taknak ddk lgsg, harus la jadi koala dlm keta.. berkepit jek dia bawak keta sama2..

risau jgk kan kalau hari2 berkepit.. buatnya nk belok stereng tak lepas mcm mn?? ke ibu pregnant lg ker kan? hehehe... petang semlm kami ke bangi rumah kakak marsya.. latihan pertama diadakan, bayangkan dari BSP ke Bangi, elok jek dia ddk dlm carseat tuh.. tp sembang2 la ngn dia.. happynyer rasa.. bayangkan la, dh setahun lebih usia carseat tuh, itupun mmber aku mimi yg bagi hadiah.. berguna juga akhirnya hadiah ko mimi..

ni gambar malam td, balik dari Bangi ke BSP pun dia dok dlm carseat.. minum susu termenung kejap pastu terus tdo.. heheheh.. wahh dpt la ibu bersenang2 dok belakang sorang2... sambil urut2 bahu ayah.. hehehhe

bila dh sampai rumah apa lg, cepat2 amik gambar ngn dia.. hehhehe kalau tunjuk kt dia nie mesti dia sebut 'baabby... baabby..' asal gambar budak kecik jek baby.. gambar sendiri pn ckp baby...

ayah pun gembira melihat perubahan itew.. ciankan kami, yea larrr dr dulu nk ajar tp tak dpt.. dulu g holiday kt JB pn ada pakai tp bila dh tdo baru letakkan.. pagi td g school pn pakai carseat.. harap2 akan berterusan la pasnie..

Friday, July 24, 2009

plastik beg IKEA 20 sen!!!

aku masih di office nie.. tak suka.. dh la petang ni ada program, tp apa nk buat kan.. my boss tak abis discussion lg psl H1N1 kt sini,.. so sapa nk clearkan cawan2 dlm tu kan? aku ler orangnya.. huhuhu...

ni memandangkan aku still ada kt office ni, sajek nk bagitau,.. tengahari td waktu lunch hour sempat la aku g ikea cuci mata, kasik bersihkan dompet tuh.. kiranya membuat pengaliran wang la.. beli barang2 dapur skit kat ikea, sajek suka.. maklum la umah baru papan pemotong pn takde!! heheheh.. hasil rompakan kt ikea tak dpt ditayang kerana barang2 dlm keta..

yg membuat aku terkejut ialah... setelah abis byrkan selalunya cashier kasik plastik.. ni dia buat dek jek, campak2 jek barang2 aku.. dh la tak ramah.. bila aku mintak plastik jek, dgn suara yg pelahan sgt dan nampak tak mesra dia ckp nk plastik 20 sen? aku terus HAHHH?? konon tak dgr la.. sekali lagi dia ulang, 20 sen, nk tak? aku terus jawap nk la.. abis nk bawak barang ngn apa???

akhirnya aku amik la plastik bag IKEA tu dengan harga 20 sen, aku amik dua tau!! jadik 40 sen.. iskhh mmg la skg ni ada kempen ala2 go for green tp harus la inform di merata2 tempat dlm ikea tuh.. aku tak tau, lgpun dh lama aku tak pegi IKEA.. aku rs inilah plastik IKEA terakhir aku.. akan ku simpan sebaik mungkin kerana plastik beg tu berharga 20sen!! dpt beli eskem malaysia tau!!

selama hari ni kalau g TESCO kitaorang dh ready shopping bag tuh.. eeeii rs geram lg nie..

duit baru... RM50

gaji kan semlm.. utk gov la.. aktiviti biasa kalau gaji kuar ialah membayar hutang2 kereta, card dll... sebelum tu g kuarkan duit kt maybank.. kitaorang selalu membayar segala2 bil ni kt bandar puteri puchong, coz kt situ semua bank ada.. nk bayar pn senang, pakai machine jek.. g mlm jek, tak payah nk kuar g bank waktu keje..

so semlm kuarkan la duit kt maybank, tup tup kuar duit RM50 baru.. semua sekali, siap no siri pn berderet2 sama.. ni sebenarnya 1st time aku dpt duit baru, org lain tak tau la.. duit baru ni lebih kecik dari yg lama.. dan rasa kesat skit.. ke sebab baru??

wpun duit ni baru kuar dari ATM Machine Maybank, tetapi tidak sampai 5 minit duit ni dh masuk balik dlm ATM Machine CIMB Bank.. settlekan hutang la tuh! hehehhe... tinggal je la beberapa keping dlm dompet ku ini..

tengahari ni rasanya nk pegi IKEA... apa kata kita chow awal??? hehehehhe.. (mcm la dpt chow awal..)

Thursday, July 23, 2009

Arifana or Arieana??

elok2 nama ARIEANA selama hari nie, semlm terus bertukar ARIFANA.. tak terpikir pulak aku ngn nama nie.. heheheh..

actually semlm ada bday kawan arieana kt school, biasa la kalau dok nursery bila tiba bday seseorang tu selalunya ibu2 bapa2 akan sediakan goodies kt kawan2 kan? sama mcm arieana la aritu la, sibok ibu siapkan goodies bag dia.. dia pn sibok menolong jgk..

yang syoknya semlm dpt la cupcake, istimewanya semua kek2 tu dh ada nama tp yang tak syoknya, nama arieana salah... jadi ARIFANA laks! huhuhu.. kalau betul mesti best kan, comel jek tulis nama Arieana atas kek tuh.. tp takpe la, kesilapan teknikal.. so, ptg semlm start panggil arieana, arifana..

tp skg ni kalau kita panggil nama dia arieana, dia akan sahut na na na.. cewahhhh nk panggil nana ke mcm auntie Ixora??

eksen mcm bos besar jek.. tgh makan kek la ms nie.. suruh smile pn taknak..

mcm tak cukup makan pun ada.. lambat bagi makan, mcm ni la jadinya.. mulut bising.. mum mum mum mummmm...

org tgk pun kesian, mcm tak cukup makan jek.. peha dh berlipat tuh.. gerammm... marah dia kalau ayah picit2 peha.. NO NO NO.. kepoh sgt.. ala NO je la tau.. semua pun NO..

dh abis makan.. errrmm makan separuh jek, kecoh jek lebih...

p/s : semlm ayah ada dinner utk persaraan pengetua sekolah kt Holiday Villa, jadi kami tinggal berdua.. tp dh dekat maghrib opah ngn maksu datang umah kami, temankan.. TQ.. ingtkan sekejap jek, sampai 11.30 mlm.. ayah arieana tak blik lg.. suruh jgk opah balik, nti atok balik keje takde org kt rumah pulaks..

Wednesday, July 22, 2009

rasa sakit dh kurang!!!

rasanya mcm batuk ku ini dh kurang skit hari nie.. gigi pn tak sakit lagi.. tp tak tau la akan dtg kan? lunch hari ni ditanggung halal, ada kenduri zinger burger & teh o limau (suam & ais) utk kami2 kt office nie..

ada plan nk g IKEA tp tak tau bila.. mlm ni ayah arieana ada dinner persaraan pengetua sekolah dia.. dok berdua ngn arie.. 1st time tau!

Tuesday, July 21, 2009

Tag from Gee Ryder

kereta ku... (mungkin ni la tajuk tag nie...)

tag ni datangnya dari gee ryder yang dulunya aku rs mcm budak kecik jek kt jengka tp skg dh jadi mak org.. sggh ku tak sangka.. gee ni kira kawan sebilik tetapi secara haram la, dia mmg merantau dtg bilik aku.. errmm ntah nape kita bole rapat kan?? padahal course lain2.. lama lost contact akhirnya bertemu di facebook!!!

1. when do you get your driving license?
abis jek SPM terus amik lesen, ms tu amik ngn geng2 sekolah kt pudu utk L.. lulus then belajar keta kt batu 9, cheras.. gagal utk parking tp sekali jek, harus la amik test lg sekali.. sggh memalukan!! tp on the road ok laks..

2. your first car is
first car yang bayar sendiri ialah kelisa.. sebelum tu pakai kancil 2nd jek, itu pun mak aku yg kasik..
sebok la pulak nk buat tag bergambar! ni jek gambar keta kelisa yg aku jumpa, itu pun ada model perasan.. ms ni kami g rompin, kira jauh jgk la kelisa aku ni dh berjalan.. dan byk jgk jasanya pada aku.. dari bujang sampai la kawin..

dpt lak budak kecik nie, kira dia merasa la naik kelisa ibu dia yg comel tuh.. sempat la tdo lena mcm ni dlm kereta.. hrp maklum la anak saya ni taknak dok dlm car seat.. tak tau la nape.. orang kampung agaknya...

3. what type is your car now?
NAZA Citra

4. do you choose your plate number or was it given?
redha jek ngn no yang diberikan.. ongkos pn takde.. kalau ada no canteq2 nti, mana la tau nti ada nk beli keta lain sah2 nk no sama kan? ongkos lagi..

5. what is the colour of your car?
BLACK

6. reveal 3 most important things in your car?
payung, bantal utk arieana tdo, tisu.. (byk lg sebenarnya.. tp sham yg selalu pastikan keadaan keta OK, bini dia ni tau ulang alik bawak g keje jek..)


7. have you ever got yourself into accident?
tak pernah lagi.. accident dari langit ada la.. ada batu menghempap keta ku! abis remok bonet depan!!

8. when is the due for your insurance & roadtax?
laa tak ingt la mungkin lagi 2 3 bulan ni kot... balik nti cek ek..

9. do you plan to change your car?
takde lagi la, kereta yang sekarang ni pun tak sampai setahun lagi..

10. lets make your friend do this too. who would you choose?
sajek nk kasik keje kt korang semua ek, at least ada la modal nk hapdate!!

KD
Rizqin
Fateng
Ratna
Nana Ixora
Kak Imah (mati la memerintah mak hayyam!)

selamat menjawab dengan tenang semuanya...

Monday, July 20, 2009

semakin hari semakin sihat.. semakin rindu nk update blog..

last week mmg agak mencabar minda dan segala2nya.. rsnya last week aku byk EL n MC.. nk buat mcm mn, badan tak sihat.. hari ni pn ada lg saki baki batuk, errkk dan tiba2 rs sakit kepala.. gigi pn ada sakit jgk, adakah minggu ni akan jadi minggu sakit gigi?? tolong la jgn kerana sudah lama tak sakit gigi.. tak suka sakit gigi.. tiba2 rasa perlu ke aku salahkan faktor jerebu yg sedang melanda di sesetengah kawasan (shah alam n BSP) menjadikan aku begini? yea laarrr dok dlm kawasan yg berjerebu buatkan aku tak OK til now.. ditambahkan pulak penat berpindah rumah wpn pn tak abis pindah.. tp harap2 jgn disebabkan faktor2 H1N1 cukup la.. dh la kerja di tempat yg berisiko tinggi untuk dijangkiti..

hei penyakit2 di sana!! nyah kamu dari keluarga ku! ini amaran dari Miss Arieana A.H. (sila ambil perhatian yea amaran dan amarah di atas... si kecil dh marah tuh...

saya dh OK!!

arieana pn demam jgk last week, on and off.. kejap panas kejap ok kejap tak bole tdo.. macam2 hal la.. setakat 2 hari ni dia nampak ok, kembali nakal seperti sediakala.. kadang2 tu suka jgk la ngn perangai time dia demam, baik jek, tak usik sana sini.. bila dh sihat tu, tak dok diam pn.. yg paling best menyibok di dapur, sanggup mengjengket pegang dapur.. ibu dia tgh masak bole dia tutup api dapur! sgt MERBAHAYA!! tak tau nk buat mcm mn nie..

ibu, maksu mana??

lagipun kami dh berpindah ke rumah kami sendiri, maknanya dh tak dok ngn opah n atok lg.. cepat2 pindah coz maksu blik dr UiTM Melaka.. sana kan ditutup sbb kes wabak H1N1 nie.. harus la adikku itu dikuarantinkan di rumah.. semoga dia selamat dikuarantinkan!! kami yg tak berapa nk sihat ni pun harus la tidak ke sana dlm tempoh 7 hari nie.. so sorry ek maksu..

akhir kata malam ni nk masak apa?? sila la pikir2kan menu2 yg simple dan senang kerana peralatan pn tak cukup lg.. cian kan?? jgn verangan nk dinner seperti di atas k???

Wednesday, July 15, 2009

entry takde tajuk...

sebenarnya, aku tak sihat since last week lg.. dapat package batuk (berkahak.. errrkkk), selsema, tetapi bukan Influenza A H1N1.. pastu dh ok skit, weekend baru ni datang balik batuk nie.. hu hu hu.. sakit dada ku batuk2 jek..

bila kita dh tak sihat nie, anak pn berjangkit sama.. Isnin baru ni aku MC, makan ubat batuk pn tetap sakit kepala, melayan kerenah arieana yg tak sihat gak.. tension betul.. tension byk2 pun anak sendiri kan.. semlm aku terpaksa cuti sbb arieana still demam... dan hari ni ayah dia pulak kene cuti menjaga dia.. begini la ada anak kecik...

dan hari ni aku still batuk2 lagi.. ketika ini kepala aku ni rs mcm dok dlm sebuah kotak yg kecik pastu kene himpit2.. arrgghh tak suka, bila menguap jek kan ada bunyi meletop ** pop** dlm telinga, ms tu rs mcm clear sgt!! tp sampai skg aku takde rs mengantok, mungkin sbb belum makan ubat kot.. huhuhuh...

ni kes sampai demam batok segala ni psl apa ek? psl aku sibok pindah umah ker?? ceahh mcm la bekerja keras sgt, padahal semua sham yg buat... hehehhehe..

actually kami akan berpindah rumah, bukan jauh sgt tp kawasan berdekatan jek.. kiranya dh tak dok ngn my family la.. tp belum pindah abis.. tinggal nk pindahkan kabinet bj kami dan kabinet arieana je la.. dan kain baju kami.. tu jek..

cuma yg sgt kesian ialah kami washing machine lg.. huhuhu.. peti es pun takde.. sgt kesian ek.. tp slow2 la..

disebabkan perkara2 di atas ni la aku sedikit kemalasan nk hapdate blog... kasik bersawang skit la, tp blog kawan2 aku tetap tgk gak.. cuma tak tinggal komen jek..



Friday, July 10, 2009

kami akan berpindah...

salam semua,

skg ni bz skit nk pikir psl perpindahan... errmm pindah mana ek? nti la cerita lebih lanjut..

Tuesday, July 7, 2009

tiba-tiba rindu...

rindu pada siapa? pada budak kecik ni la.. rasa nk balik rumah jek skg nie... bos takde nie, rasa nk bawak dia g office pun ada... hehehhehe...